Ahem...
Saya mulakan tugasan saya yang amat berat ini dengan sebuah pantun... errrr, mungkin bukan pantun sebab hujungnya tak senada. Tak tau la apa nak panggil... puisi kot!

Encik Rizal seorang budiman
Kalau mengomen pasti menghiburkan
Tapi awas terkena tag darinya
Disebabkan tag ini la
Saya melewati waktu tidur saya iaitu pukul 12 tengah malam!
Memang bunyinya aneh sekali tetapi tak kisah la... hantam saja la...

Baik la, saya mulakan tag dengan menjawab soalan-soalan yang remeh...
Oh ya, sebenarnya
Emila dah pun mengetag saya dengan tag ini tapi
Encik RestnRileks mengetag saya lagi dan menggandakan bebanan dengan satu permintaan untuk menulis
sebuah karangan Bahasa Malaysia dengan minima sebanyak enam perenggan sahaja. 'Sahaja' dan picisan katanya... (kalau la dia mampu melihat penumbuk yang sebesar saiz penumbuk gajah tentu dia tak akan mengetag saya lagi).

1. Adakah Anda Rasa Hot?
Iya... saya memang hot... hot tempered, hot headed, hot mama... ehhh, yang last sekali tu, berangan je tu.
2. Muat Naik Gambar Kegemaran Anda.
Foto bukan milik saya, ianya di copy paste dari flickr.com. 3. Cerita Tentang Gambar Tersebut.
Melihat wajah kanak-kanak riang, sungguh berseri dan menenangkan fikiran yang adakalanya kusut dan stress...
4. Bila Kali Terakhir Makan Pizza.
Bulan September lalu, semasa bulan Puasa sebab masa tu ada promosi pizza kat Domino's Pizza.
5. Lagu Terakhir Yang Anda Dengar?
James Morrison ~ If You Don't Wanna Love Me... sebuah lagu ala Blues yang sungguh syahdu dan mengasyikkan. Tak percaya, pergi la cari kat YouTube!
6. Apa Yang Anda Buat Selain Menyelesaikan Tag Ini?
Sedang makan Sweetcorn cream dengan susu cair... yums!! Nak? Engko pergi la beli sendiri!

7. Selain nama sendiri, anda dipanggil nama apa?
Ness, Dadi, Aunty Langgou (bermaksud tinggi dalam bahasa Kadazan), Darling, Babe, Supermodel... kahkahkah... 3 yang terakhir tu perasan je lebih... takde maknanya!
8. Tag lagi 6 orang.
Saya tak mahu mengetag sesiapa lagi... saya tak sanggup mengetag orang lain lagi setelah melalui keperitan menjawab tag ini...

9. Siapakah itu orang no.1 pada anda?
Not Applicable
10. Katakan sesuatu kepada orang no.5
Not Applicable
11. No.3 ada hubungan dengan siapa?
Not Applicable
12. Bagaimana pula orang no.4?
Not Applicable
13. Pesanan kepada orang no.6?
Not Applicable
Akhir sekali, tugasan yang diminta oleh Encik RnR...
Tajuk: Saya Seorang Blogger (Dengan Minima 6 Perenggan)Tarikh 11 Februari, 2007 merupakan tarikh keramat buat saya kerana ianya titik permulaan saya sebagai seorang blogger. Bunyinya memang la sungguh glemer waktu itu. Sebelum ini, saya memang tak tahu langsung apa itu blog. Tetapi semuanya berubah apabila adik saya dengan kuasa magiknya mempengaruhi saya untuk menghasilkan sebuah blog. Sepanjang malam saya memikirkan nama yang sesuai, memang sungguh sukar sebab nama akan kekal sehingga ke akhir hayat. Saya memutuskan untuk memanggil blog saya 'Mumblings' atau pun bebelan dalam bahasa Malaysia. Saya memang suka membebel tetapi hanya dengan rakan-rakan yang rapat... kalau baru berjumpa tu, mungkin sepatah pun tak akan keluar dari mulut saya. Bukan sebab sombong tapi enjin belum panas lagi... hahaha
Alamak, dah 8 perenggan! Terlebih sudah! OK la... sekian, terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke nokhtah terakhir.